Muhyiddin Semakin Terdesak Mahu Bantuan PAS - Nazri

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 3:58 PM

Nazri Aziz

Mohamed Nazri Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

PADANG RENGAS: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan terdesak apabila mahu bekerjasama dengan PAS bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tindakan itu jelas menunjukkan Muhyiddin mahu membalas dendam selepas digugurkan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai tahun lepas.

"Dulu dia pemimpin Umno yang totok, kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu serta sanggup menentang sesiapa sahaja yang menentang parti.

"Tetapi hari ini dia, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pengkhianat besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Parlimen Padang Rengas, di sini Sabtu.

Pada Jumaat, Muhyiddin dalam satu majlis di Muar, Johor mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu dalam usaha menewaskan BN pada PRU14 akan datang.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata rakyat kini semakin bijak dan tidak mudah untuk mempercayai dakwaan Muhyiddin bahawa PPBM mendapat sokongan PAS.

"Saya tidak menyalahkan PAS kerana orang yang bercakap lidah bercabang, saya percaya PAS pun tak sokong dia (Muhyiddin), kalau PAS ambil dia pun akan mendatangkan mudarat dan rakyat tidak akan percaya," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh meninggalkan Umno setelah dilantik sebagai setiausaha agung PPBM, Nazri berkata:"Beliau juga makan dedak dari Muhyiddin".

Menurut Nazri, Shahruddin juga berada dalam keadaan terdesak kerana bimbang jika tidak dicalonkan dalam PRU14.

"Mereka yang keluar parti dan menyertai parti lain setelah menang bertanding atas tiket BN adalah pengkianat.

"Umno sebagai pendekar, kita tidak tikam dari belakang dan gigit tangan orang yang beri kita makan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Nazri Aziz , Umno , PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan