Pemberi Maklumat Pelaku Cemar Sungai Dapat Ganjaran RM10,000

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 2:27 PM

Pencemaran di Sungai Semantan dikatakan punca loji rawatan air Langat dan Cheras terpaksa ditutup.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Eddie Ng menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat mengenai pelaku yang bertanggungjawab mencemarkan Sungai Semantan.

Beliau juga akan memberikan RM500 kepada individu pertama yang menyediakan gambar atau video sebagai bukti mengenai sesiapa sahaja yang mencemarkan sungai.

Dana ganjaran tersebut akan diperolehi daripada peruntukannya dan diberikan apabila maklumat yang diberikan itu disahkan pihak berkuasa berkaitan.

"Penutupan loji rawatan air menyebabkan kira-kira 430,000 isi rumah terjejas. Saya kecewa dengan gangguan bekalan air di Selangor yang berpunca daripada pencemaran sungai dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pelaku tersebut," katanya.

Loji rawatan air Sungai Langat dan Cheras masing-masing ditutup pada pukul 8.30 malam dan 10 malam pada Jumaat akibat pencemaran yang disyaki berpunca dari Sungai Semantan di Pahang.

Kedua-dua loji itu menerima bekalan air mentah dari sungai yang sama.

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat turut akan mengalami gangguan bekalan air buat sementara waktu akibat penutupan loji tersebut.

Bekalan air akan dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Tags / Kata Kunci: ganjaran , RM10 , 000 , pemberi maklumat , pencemaran sungai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan