MP Tenom: SPRM Perlu Siasat Pegawai Peringkat Persekutuan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 8:10 PM

Raime Unggi.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memperluaskan siasatannya terhadap kes rasuah di Sabah membabitkan RM114 juta termasuk menyiasat pegawai kementerian peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, skop siasatan seharusnya diperluaskan kerana pihak berkuasa yang meluluskan projek berkenaan adalah kementerian peringkat Persekutuan.

"Pelik jika kementerian tidak sedar sejumlah besar kekayaan yang dimiliki kedua-dua individu terbabit," kata Raime.

Beliau berkata, menjadi amalan kepada kementerian Persekutuan untuk terus melantik kontraktor tanpa pembabitan kerajaan negeri.

Pada Jumaat, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kirtingan berkata, projek persekutuan berjumlah RM3.3 bilion adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang bukan dikendalikan Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang diterajuinya.

Pairin berkata, peruntuan bagi projek berkenaan sejak 2010 itu disalurkan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerajui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah ketika itu sehingga 2015, selepas digugurkan dari Kabinet.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Raime Unggi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan