Dua Anggota Misi Ke Gaza Dibebaskan - Berita Semasa | mStar

Dua Anggota Misi Ke Gaza Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 9:53 AM

Dr. Fauziah Mohd Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) yang ditahan Israel semalam, telah dibebaskan.

Menurut jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), mereka yang dibebaskan ialah wartawan Al-Jazeera dari Britain, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.

"Bagaimanapun, wakil tunggal Malaysia dalam misi itu, Dr Fauziah Mohd Hasan  masih ditahan di pusat tahanan dekat Lapangan Terbang Ben Gurion (Tel Aviv)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition yang mengasaskan kempen WBG itu, peguam hak asasi manusia sedang cuba berhubung dengan kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan dalam usaha membebaskan mereka.

Tentera Israel menahan kapal itu bersama tiga kru dan 10 aktivis wanita termasuk Dr Fauziah pada 2.58 petang semalam waktu tempatan (9.58 malam waktu Malaysia).

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.

Tags / Kata Kunci: Gaza , Israel
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan