SPRM Siasat Kaitan VIP Dengan Kes Rasuah Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan kaitan antara golongan VIP Sabah dan pegawai Jabatan Air negeri itu yang didakwa mengumpul kekayaan lebih RM115 juta menerusi sogokan dan salah guna kuasa.

Sumber SPRM bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada terdapat sebarang kaitan antara VIP dan pengarah serta timbalan pengarah Jabatan Air Sabah yang mungkin beroperasi sendiri.

Malah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman terpaksa campur tangan untuk menghentikan spekulasi yang mengaitkan kes rasuah tersebut dengan dirinya sendiri dan Umno Kimanis.

"Adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Saya dan Umno Kimanis tidak terbabit dengan kes yang sedang disiasat itu. Biar SPRM melakukan tuags mereka secara adil dan lancar tanpa sebarang gangguan," kata Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberi peringatan untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat kenyataan fitnah yang terus disiarkan.

Umno Kimanis didakwa mempunyai kaitan dengan kes berkenaan berikutan kedua-dua pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu merupakan penduduk tempatan dari Beaufort dan Kimanis di Membakut.

Selain itu, timbul dakwaan palsu menerusi satu 'post' secara dalam talian bahawa pengarah jabatan tersebut merupakan bendahari Umno Kimanis.

Dalam satu kenyataan terdahulu pada Jumaat, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut memberitahu bahawa dana projek persekutuan yang bernilai RM3.3 bilion yang diperuntukkan sejak 2010 semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sementara itu, SPRM terus merekodkan keterangan 11 lagi saksi dari Jabatan Air Sabah dan kontraktor berkaitan.

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan