Kes Liwat Anwar: PKR Berhimpun Di Istana Kehakiman Rabu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 2:31 PM

Tian Chua.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PKR akan mengadakan perhimpunan di luar Istana Kehakiman di Putrajaya pada 12 Oktober ini apabila Mahkamah Persekutuan mengkaji kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini (kajian) adalah prosedur tertinggi undang-undang bagi mendapatkan pembebasan Anwar.

"Sebagai sebuah parti kita akan menggerakkan ahli untuk menyatakan sokongan kami.

"Kami akan bekerja keras untuk berjuang sebagai sebuah parti untuk menuntut pembebasan Anwar," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua di ibu pejabat parti itu pada Jumaat.

Perhimpunan yang dinamakan sebagai "Solidariti Menuju Kebebasan" itu bertujuan untuk menunjukkan sokongan ahli parti bagi menuntut pembebasan Anwar.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , kes liwat , Istana Kehakiman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan