Dana Didakwa Diseleweng Diperuntuk Kementerian Peringkat Persekutuan - Pairin

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 7:25 PM

Joseph Pairin Kitingan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tiada kena-mengena dengan peruntukan kerajaan RM3.3 bilion kerana ia disalurkan secara terus kepada Jabatan Air Sabah menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Saya faham bahawa projek-projek yang diperuntukkan persekutuan bernilai RM3.3 bilion sejak 2010 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang mana kementerian saya tidak mengendalikannya," kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam kenyataan kedua yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pairin, yang mana kementeriannya menyelia Jabatan Air Sabah berkata, peruntukan itu disalurkan secara terus kepada jabatan berkenaan sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Menurut Pairin, pemerolehan projek-projek dan bayaran-bayaran dikendalikan oleh kementerian peringkat persekutuan dan jabatan air negeri.

"Berdasarkan perkembangan ini, kementerian saya akan mengkaji dan mencadangkan sistem laporan yang sesuai untuk diteliti kementerian," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam siasatan terhadap pengarah dan timbalan pengarah agensi berkenaan di atas dakwaan mengumpul kekayaan bernilai lebih RM115 juta akibat salah guna kuasa menerusi kontrak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan