Tujuh Juta Bakal Meriahkan Hari Sukan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang 24 jam sahaja lagi, Hari Sukan Negara (HSN) 2016 bakal mencatat sejarah tersendiri apabila dianggarkan tujuh juta rakyat Malaysia di seluruh negara akan terlibat memeriahkan program ini.

Penyertaan kali ini bakal menyaksikan peningkatan hampir tiga juta peserta berbanding 4.2 juta peserta yang turun padang pada tahun lalu.

Melihat kepada sambutan luar jangka pada penganjuran HSN tahun lalu, tidak mustahil sasaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merekodkan kehadiran tujuh juta peserta iaitu 20 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia dapat dicapai.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut beriadah pada sambutan HSN tahun lalu.

Ini kerana sejumlah 22,500 aktiviti sukan akan diadakan di seluruh negara termasuk di kawasan kampung dan daerah berbanding kira-kira 17, 648 pada 2015.

Selain itu, semua kerajaan negeri dan kementerian turut mengadakan aktiviti masing-masing.

Pada masa sama, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan program 1Murid 1Sukan di 10,820 buah sekolah.

Kementerian Luar pula akan mengadakan aktiviti sukan di semua 104 kedutaan di seluruh dunia, manakala Kementerian Kesihatan menganjurkan program 10,000 Langkah di Putrajaya dan Kementerian Kewangan mengadakan Larian Kewangan 2016.

Lebih tepat, jumlah peserta yang terlibat mungkin mengatasi sasaran awal KBS susulan kehadiran wira dan wirawati Olimpik serta Paralimpik negara memeriahkan program yang diadakan pada Sabtu kedua bulan Oktober bermula tahun lalu.

Istimewanya pada kali ini, wira dan wirawati negara tersebut bukan sahaja hadir sebagai tetamu tetapi turut menyertai pelbagai aktiviti yang diaturkan untuk mereka.

Dalam erti kata lain, peserta pada majlis pelancaran HSN 2016 di Dataran Putrajaya turut berpeluang bermain badminton dengan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.

Atlet Paralimpik akan hadir memeriahkan sambutan HSN 2016.

Malah, gandingan mantap beregu lelaki negara,Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan pasangan beregu campuran, Goh Liu Ying-Chan Peng Soon turut memeriahkan majlis pelancaran pada Sabtu ini.

Bagi anda yang meminati sukan berbasikal, jangan ketinggalan bersaing atas watt bike bersama The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang.

Turut bakal menghangatkan sambutan HSN 2016, tiga pemenang emas Paralimpik, Mohd Ridzuan Mohd Puzi (100m T36), Abdul Latif Romly (lompat jauh T20), Ziyad Zolkefli Mohammad (lontar peluru F20).

HSN merupakan inisiatif KBS untuk menerapkan amalan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan masyarakat selain menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Tags / Kata Kunci: Hari Sukan Negara , Putrjaya , Sukan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan