Saya Tidak Takut - Dr Fauziah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 11:27 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SEPANG: Aktivis kemanusiaan Malaysia, Dr Fauziah Hasan mendedahkan bahawa beliau tidak berasa takut walaupun dikelilingi tiga kapal tentera laut Israel sebelum dapat tiba ke Gaza.

Dr Fauziah menaiki kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 12 wanita lain dalam pelayaran ke Gaza dari Barcelona pada 27 September lalu bagi mencabar sekatan tentera Israel.

"Kami tidak berasa takut kerana kami menjalani latihan mengenai senario yang mungkin berlaku dan kita sedar bakal berdepan dengan situasi ditahan tentera Israel," kata Dr Fauziah ketika ditemui pemberita selepas kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) pada petang Jumaat.

Dr Fauziah tiba di KLIA pada pukul 7.47 malam, Jumaat, selepas ditahan tentera Israel selama 22 jam.

Ditanya sama ada beliau bimbang mengenai dirinya, Dr Fauziah berkata, beliau tidak merasakan dirinya dalam bahaya.

"Saya tahu kematian merupakan kes senario yang terburuk.

"Saya bersedia untuk itu," katanya.

Walaupun kumpulan misi mereka, Women’s Boat To Gaza (WBG) tidak sampai ke destinasi sasaran, Dr Fauziah berkata, misi berkenaan mencapai tujuannya.

"Misi kita adalah membuka mata dunia mengenai apa yang berlaku di Gaza dan apa isu yang dihadapi mereka.

"Menerusi kesedaran di seluruh dunia, misi ini turut membawa harapan dan galakan kepada penduduk di Gaza bahawa suatu hari nanti mereka dapat mencapai kebebasan mereka," katanya.

Dr Fauziah merancang untuk terus menyokong kebebasan Gaza dari Israel. 

Beliau akan mengadakan pertemuan bersama 12 lagi wanita WBG di Stockholm pada Mei tahun depan bagi membincangkan rancangan akan datang.

Tags / Kata Kunci: Dr Fauziah Hasan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan