BN Johor Tekad Tawan Lebih Banyak Kerusi Pembangkang

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 7:09 PM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Barisan Nasional (BN) Johor tekad untuk menawan lebih banyak kerusi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu, meningkatkan lagi semangat Umno dan BN untuk menawan kerusi-kerusi pembangkang.

“Apa yang berlaku itu meningkatkan lagi semangat kita untuk bekerja kuat untuk menawan semua kerusi-kerusi yang terlucut daripada kita kerana keadaan sebegini, bukan kerana kita kalah pilihan raya.

“Kerajaan masih lagi utuh kerana kita memiliki majoriti yang selesa, tapi itu bukan bermakna kita akan bagi lagi orang ambil kerusi kita.

“Kalau ikut perlembagaan Umno, maknanya secara automatiklah dia (Shahruddin) gugur, tapi apa pun saya perlu perkara ini disahkan oleh ibu pejabat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya tentang kehilangan majoriti dua pertiga kerajaan BN Johor ekoran pelantikan Dr Shahruddin, pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali Yayasan Pasir Gudang di Dewan Taman Scientex di sini, Jumaat.

Tegas Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar, pentadbirannya akan terus fokus kepada pelaksanaan perkhidmatan kepada rakyat secara berkesan.

“Apa yang lebih penting kepada kita, bukan soal perangkaan semata-mata, tetapi fokus dan pelaksanaan kerja kita dengan berkesan dan baik. Perkara itu tidak menjejaskan kita dalam soal ini.

“Kita anggap ia sebagai satu realiti politik yang kita hadapi berasaskan kepada keadaan semasa yang kita lalui pada hari ini.

“Tetapi itu tidak bermakna bahawa keadaan negeri ini atau parti yang memerintah ini menjadi lemah," katanya.

Beliau turut menyatakan, sesetengah kerajaan negeri juga memiliki majoriti bawah dua per tiga, tetapi kerajaan masih dapat berfungsi tanpa sebarang masalah.

Mengenai kemungkinan lebih ramai ahli Umno Johor yang akan menyertai parti itu, beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya ia tidak serancak seperti yang diperkatakan.

“Saya tidak fikir begitu, saya lihat selepas seminggu dua pendaftaran parti tersebut dijalankan kita dapat lihat bahawa ia tidaklah sehebat sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Saya percaya ahli-ahli Umno di Johor ini masih sayangkan kepada Umno dan mereka dalam apa sekalipun situasi dan keadaan akan memikirkan secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya. 

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan