Bahang Hari Sukan Negara 2016 Semakin Dirasai

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kehangatan Hari Sukan Negara 2016 semakin dirasai terutama apabila ia bakal diraikan serentak di seluruh negara dengan penuh meriah dan semangat kesukanan.

Semestinya, persiapan seperti pentas utama yang bakal digunakan untuk perasmian, khemah-khemah dan 'booth' juga telah siap dipasang disepanjang Persiaran Perdana di sini.

Hari Sukan Negara yang bakal disambut pada 8 Oktober ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah 'Negara Bersukan'.

Menurut salah seorang peserta raptai, Sabrina Mohd Samin yang berada di Dataran Putrajaya sejak pukul 9 pagi lagi, hujan renyai tidak menghalang dirinya untuk bersama-sama dalam raptai penuh yang dijalankan sebagai persediaan memastikan perasmian berlangsung dengan lancar.

"Antara acara yang paling saya nantikan adalah acara kayuhan basikal oleh Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama peserta yang lain menuju ke Istana Kehakiman di sini", katanya.

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan, pelbagai aktiviti telah disediakan khas buat pengunjung.

Menariknya mengenai penganjurannya kali ini, orang ramai yang hadir ke majlis pelancaran di Putrajaya Sabtu ini berpeluang bermain badminton bersama Datuk Lee Chong Wei, angkat berat dengan Ziyad Zolkefli atau speed test dengan Muhammad Ridzuan Puzi.

Bagi Mazhan Mujail pula, beliau menantikan program seni mempertahankan diri yang bakal menyaksikan pemilihan peserta menyahut cabaran dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Selain itu, penganjuran acara tahunan berskala besar kali ke-2 ini menjangka tujuh juta penyertaan atau 20 peratus daripada populasi rakyat Malaysia dengan  22,000 acara sukan dan riadah.

Bagi anda yang mempunyai masa terluang jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan atlet Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 yang bersedia di gelanggang untuk menyahut cabaran anda.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan