Wisma Putra Usaha Cepatkan Pembebasan Dr Fauziah

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Luar sedang memantau rapi situasi di mana bot yang membawa 13 sukarelawan termasuk rakyat Malaysia, Dr Fauziah Hasan yang kini ditawan tentera Israel di perairan Gaza pada Rabu.

Kumpulan itu menyertai Misi Women's Boat to Gaza menaiki bot Zaytouna-Oliva apabila ditahan pasukan tentera Israel dan dibawa ke pelabuhan Ashdod di negara itu.

"Ketika ini pihak kementerian sedang berkomunikasi dan berhubung dengan beberapa pihak untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu," demikian menurut kenyataan Wisma Putra pada Khamis.

Kenyataan itu juga menyebut, usaha sedang dilakukan untuk memastikan Dr Fauziah yang menyertai misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban rakyat Palestin itu dibebaskan lebih awal.

Dr Fauziah adalah perunding di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur dan juga anggota lembaga pemegang amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Tags / Kata Kunci: Dr Fauziah Hasan , Gaza , MyCare

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan