Uber Sabah Perlu Mohon Permit - Berita Semasa | mStar

Uber Sabah Perlu Mohon Permit

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah mengingatkan semua pengusaha perkhidmatan Uber di negeri itu tampil memohon permit sebelum menjalankan operasi.

Pengerusinya Datuk Raime Unggi berkata permohonan permit itu penting kerana operasi perkhidmatan Uber adalah sama seperti 'kereta sapu' dan selagi tiada permit, pengusaha perkhidmatan tersebut tetap dianggap beroperasi secara haram.

"Seksyen 33 Akta LPKP jelas menetapkan larangan ke atas penggunaan kenderaan perkhidmatan awam yang tidak berlesen.

"Seperti kereta sapu lain, membawa penumpang tanpa permit akan sentiasa dipantau polis termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Tindakan boleh diambil ke atas pemandu termasuk menyita dan melucut hak ke atas kenderaan seperti diperuntukan dalam Seksyen 51 Akta LPKP," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Raime yang juga anggota Parlimen Tenom berkata LPKP hanya mahu pengusaha Uber dan Grabcar mematuhi undang-undang demi memastikan keselamatan dan kepentingan penumpang sentiasa diberi keutamaan.

"LPKP Sabah bersama JPJ dan polis akan terus memantau operasi perkhidmatan kenderaan pengangkutan haram termasuk Uber," katanya sambil menambah adalah penting bagi pengguna mendapatkan perkhidmatan teksi berlesen.

Tags / Kata Kunci: Uber , Kereta Sapu
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan