Anggota Misi Women's Boat To Gaza Selamat - MyCare

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 11:38 AM

Dr Fauziah Hasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua 13 anak kapal dan anggota misi kemanusian termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Hasan yang ditawan tentera Israel ketika berada di atas kapal Zaytouna-Olivia pada Rabu berada dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berhubung misi Women's Boat To Gaza (WBG).

"Semua anak kapal termasuk Dr Fauziah disahkan selamat dan tiba di Pelabuhan Ashdod dekat sempadan Israel pada pukul 12  tengah malam waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia)," katanya pada sidang media, Khamis.

Kapal itu, yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan (7.58 malam waktu Malaysia).

Menurut Hafidzi, tiada sebarang senjata dibawa dalam misi yang dilakukan secara aman, mahupun bahan yang boleh dianggap provokasi oleh tentera Israel.

Sehubungan itu, beliau mendesak Israel supaya membebaskan kesemua ahli misi dan anak kapal Zaytouna-Olivia dengan kadar segera.

Katanya, Israel tidak berhak menahan ahli misi kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Kita menggesa kerajaan Malaysia selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membawa usul tergempar mengecam tindakan Israel merampas kapal Zaytouna-Olivia di perairan antarabangsa," katanya.

Pada masa sama, gesaan turut dibuat ke atas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggunakan semua peruntukan yang ada untuk menjamin keselamatan kesemua ahli misi dan anak kapal sehingga mereka dibebaskan dan pulang.

"Kita juga mendesak PBB, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Israel di atas jenayah menahan kapal berkenaan tanpa asas yang kukuh," ujar Hafidzi.

Dalam pada itu, MyCare telah mendapatkan khidmat guaman yang begitu aktif dalam pembebasan Palestin bagi membantu membebaskan kesemua ahli misi.

Pelayaran WBG yang disertai Dr Fauziah bermula pada 8 malam, 14 September (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua). 

Ditanya mengenai status misi berkenaan, Hafidzi berkata, ia dianggap berjaya walau apapun kesudahannya.

"Memang misi kita adalah mendarat di pantai Gaza, tetapi misi telah membina kesedaran untuk memberi tekanan kepada Israel," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan