Pemain Kedah Gembirakan Pesakit Kanser Tulang Tahap 4

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 6:55 PM

Thiago Agusto.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Impian seorang remaja lelaki yang menghidap kanser tulang tahap empat berjumpa pemain bola sepak Kedah, tercapai apabila skuad Lang Merah itu bertandang ke rumahnya di Kampung Teluk Jamat, Pokok Sena, Khamis.

Putra Zul Arwan, 14, yang merupakan peminat setia skuad Lang Merah itu terkejut dan teruja menyambut kedatangan 11 pemain Kedah ke rumahnya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Antara pemain yang hadir ialah Sabri Abu, Shafizam Hashim serta dua pemain import baharu Kedah, Thiago Augusto dan Shane Smeltz.

Ibu saudaranya, Mastura Mohd Nasir, 34, berkata Putra yang tinggal di Subang, Selangor pulang ke Kedah untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Polis Diraja Malaysia pada 30 September lalu.

"Putra pulang ke Kedah semata-mata mahu ke Stadium Darul Aman menyaksikan perlawanan itu secara langsung, namun pada saat akhir kami terpaksa membatalkan hasrat membawanya ke stadium kerana keadaannya yang agak tenat.

"Kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, Putra menangis di rumah dan selepas itu keadaan kesihatannya semakin merosot," katanya kepada pemberita di sini.

Mastura berkata Putra yang disahkan menghidap penyakit itu ketika berumur 12 tahun kini tinggal sementara bersamanya setelah ibu Putra, Fauziah Salleh, 40, bimbang dengan keadaan tangan dan bahu kiri anaknya yang semakin membengkak.

Sementara itu, Pegawai Logistik Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Mohd Sazali Mohd Sobri berkata beliau berbesar hati menunaikan hasrat Putra berjumpa pemain Kedah setelah ibu Putra menyatakan hasrat tersebut menerusi media sosial.

"Kita buat persediaan pada saat akhir dan pemain juga bersetuju berjumpa serta menunaikan hasrat Putra dengan harapan dia dapat kembali sihat dan bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapinya," katanya.

Mohd Sazali berkata KFA akan mengatur supaya Putra dapat dibawa menyaksikan  perlawanan Liga Super antara Kedah dan Felda United pada 22 Okt ini serta akan dibawa berjumpa dengan pemain di bilik persalinan nanti.

Tags / Kata Kunci: Kanser Tulang , Lang Merah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan