Kabir Khan Dilantik Duta Pelancongan Malaysia Yang Baharu Ke AS, UK

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 4:43 PM

Nazri ketika menyerahkan sijil pelantikan kepada Kabir Khan selaku Duta Pelancongan Malaysia ke AS dan UK, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia telah melantik ahli silap mata Malaysia yang terkenal di pentas antarabangsa Kabir Khan Mohamad Reaz sebagai duta pelancongan baharu ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di majlis tertutup di Putrajaya, Rabu selepas menyerahkan sijil pelantikan itu kepada beliau.

"Kabir Khan mempunyai rekod prestasi yang hebat dan telah terlibat dalam acara berprofil tinggi di seluruh dunia, termasuk mendapat jemputan membuat persembahan di hadapan keluarga diraja UAE (Emiriah Arab Bersatu) di Dubai," menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini, Khamis. 

Menurut kenyataan itu, Kabir Khan mendapat perhatian seluruh dunia selepas Jack Canfield, yang merupakan pengarang bersama buku motivasi 'Chicken Soup for the Soul' memaparkan beliau dalam buku terlarisnya, New York Times 'The Success Principles 10th Anniversary Edition' (HarperCollins 2015). 

Baru-baru ini, Kabir Khan juga ditonjolkan sekali lagi dalam buku terbaharu Jack Canfield, 'Living The Success Principles - Inspiring Stories of Real People Achieving Extraordinary Results'.

Program duta pelancongan itu adalah inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Tourism Malaysia untuk melantik tokoh-tokoh tersohor, dikenali di peringkat antarabangsa dan mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai bidang, sama ada menetap di luar negara atau di Malaysia, untuk mempromosikan negara dalam kalangan rakan-rakan mereka, peminat dan jaringan perhubungan.

"Individu ini telah dipilih secara teliti daripada kumpulan personaliti cemerlang untuk membantu Tourism Malaysia melonjakkan industri pelancongan di negara ini ke tahap lebih tinggi," kata kenyataan itu.

Program duta pelancongan ini adalah selaras dengan objektif kerajaan untuk memacu industri pelancongan ke arah mencapai sasaran 36 juta pelancong dan menjana RM168 bilion dalam resit pelancongan menjelang 2020, seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia.-- Bernama


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan