Hari Akhir Komponen BN Kemuka Bantahan Persempadanan Semula

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi sehingga hari ini untuk mengemukakan maklum balas dan syor berhubung cadangan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kelompok daripada satu bangsa yang terlalu besar dalam satu kawasan parlimen adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan setiausaha agung parti komponen BN pada minggu lepas bagi menyelaras cadangan balas kepada SPR.

"Keadaan ini dibimbangi akan menyebabkan sesetengah kawasan mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang atau diwakili kaum tertentu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Program Tahsin Iqra di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Khamis.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata turut dibangkitkan parti komponen BN berhubung cadangan persempadanan semula itu ialah berkaitan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan Tengku Mansor , BN , SPR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan