Saksi Cerita Detik Cemas Nahas Helikopter Nuri

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 9:46 AM

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menghulurkan sumbangan kepada Jaswin Jasmin, pelajar SMK Balung yang cedera dalam kejadian sebuah helikopter TUDM Nuri yang mendarat cemas di bumbung sekolah itu pada Selasa. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Saiful Nizam Ahmad sedang berjalan kembali ke kelas dari kantin semasa menyaksikan di depan mata sendiri bagaimana insiden berlaku seperti babak dalam filem aksi.

"Saya dengar bunyi kuat dan pandang ke atas. Saya terkejut apabila melihat sebuah helikopter mahu menjunam!

"Ia terhempas, bunyinya sangat kuat dan serpihan berterbangan. Saya sangat takut," katanya yang merupakan pelajar SMK Balung.

Saiful Nizam, 17, berkata ia kelihatan seolah-olah juruterbang cuba untuk menjauhkan helikopter itu dari sekolah tetapi "ia terus menjunam begitu pantas".

Saiful Nizam mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan selepas terkena serpihan.

Seorang pelajar Tingkatan Lima, Jaswin Jasmin yang juga berada dekat dengan kantin berkata, dia dan para pelajar lain cuba melarikan diri selepas menyedari helikopter itu mahu terhempas.

Jaswin cedera di bahagian kepala selepas terkena serpihan.

Sebuah helikopter Nuri milik TUDM mendarat cemas di atas bumbung SMK Balung.

Dua pelajar lelaki terbabit merupakan antara lapan pelajar yang cedera selepas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di SMK Balung.

Helikopter itu dalam perjalanan ke lapangan terbang Tawau selepas menjalani latihan penerbangan dari Semporna.

Antara lain yang turut mengalami kecederaan dalam nahas itu adalah 13 anggota TUDM.

Seorang lagi saksi, Kadir Ambai berkata, ketika kejadian, dia sedang memandu berdekatan dengan sekolah dan melihat helikopter Nuri dalam keadaan melayang-layang sebelum menjunam dengan pantas.

"Saya tertanya-tanya apakah yang berlaku. Saya kemudiannya sedar bahawa helikopter terhempas dan juruterbang cuba untuk menerbangkan helikopter jauh dari kawasan sekolah.

"Ia kemudiannya terhempas," katanya kepada The Star, sambil menambah bahawa ia merupakan satu keajaiban kerana tiada letupan atau kebakaran berlaku.

Nasib turut menyebelahi kira-kira 1,700 pelajar dan kakitangan sekolah, termasuk 13 anggota TUDM yang menaiki helikopter itu.

Kerosakan akibat nahas di sekolah itu antaranya melibatkan kantin, surau serta bangunan dewan terbuka yang masih dalam pembinaan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan