Kes Dera: Jabatan Kebajikan Arah Rumah Jagaan Orang Tua Ditutup

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Kebajikan negeri telah mengarahkan sebuah rumah jagaan orang-orang tua ditutup dalam tempoh seminggu berikutan dakwaan terbabit dengan penderaan terhadap seorang warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, semua 19 orang penghuni akan dipindahkan ke rumah lain.

"Kami mendapati rumah itu tidak sesuai untuk menjaga warga emas selepas bertemu dengan penghuni dan penjaga," katanya selepas membuat lawatan di rumah itu bersama berberapa pegawai Jabatan pada Rabu.

Dalam pada itu, penjaga rumah tersebut yang berusia 56 tahun menafikan telah mendera warga emas selepas rakaman penderaan menjadi viral dan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Dia mendakwa bahawa seorang bekas kakitangan di All Mighty Old Folks Home yang dipecat telah merakam video tersebut untuk memburukkan reputasi rumah jagaan itu.

"Rakaman menunjukkan saya menolak kepala orang tua menjadi viral selepas seorang kakitangan di sini dipecat pada 1 Oktober lepas," katanya.

Walau bagaimanapun, bekas kakitangan berkenaan menafikan bahawa dia dipecat oleh penjaga rumah tersebut.

"Saya meletak jawatan secara sukarela kerana saya tidak tahan lagi melihat orang tua dibuli," katanya.

Pada 4 Oktober, seorang wanita berusia 29 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga mendakwa penjaga rumah itu sering memukul warga emas.

Dalam laporan itu, dia turut mendakwa bahawa penjaga rumah itu telah menyalahgunakan sumbangan orang ramai bagi kegunaan sendiri dan kadang-kala tidak memberi makanan kepada penghuni warga emas di situ.

Tags / Kata Kunci: dera warga emas

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan