Penduduk Kampung Ulu Chemor Saksikan Penempatan Semula Gajah

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 12:30 PM

Seorang kanak-kanak memberi makan seekor gajah jinak 'Abot' yang didatangkan dari Ulu Gandah, Temerloh untuk memujuk seekor gajah betina liar yang ditemui di Kampung Ulu Chemor, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI SIPUT: Penduduk Kampung Ulu Chemor dekat sini berpeluang menyaksikan proses penempatan semula tiga gajah melibatkan ibu dan dua anaknya dari belakang rumah mereka ke Royal Belum.

Situasi yang tentunya jarang dapat dilalui orang ramai ini menyebabkan ada yang enggan ke sekolah samata-mata untuk menyaksikan bagaimana pegawai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan), melakukan operasi bersama dua gajah betina atau denak, Abut dan Rambai.

Operasi yang mengambil masa selama lima jam ini melibatkan tiga ekor gajah iaitu dua anak gajah dan seekor lagi gajah betina dewasa.

Tiga ekor gajah ini akan dipindahkan ke Royal Belum di Perak.

Abut dan Rambai mendekati dua ekor anak gajah, Mat Kinta dan Mat Manjoi supaya PKGK dan Perhilitan dapat memberikan suntikan sedatif bagi menenangkan gajah tersebut.

Kemudian, Mek Chemor, yang pada awalnya ditembak dengan ubat pelali ditemani Abut dan Rambai, sementara pegawai merantai kaki gajah itu.

Ketua Unit Gajah PKGK Nasharuddin Othman menjelaskan bahawa gajah ini sesat diantara kawasan Hutan Simpanan Korbu, Chemor dan Tanjung Rambutan.

“Kami mendapati ada sekurang-kurangan lima ekor gajah terlepas di sekitar kawasan ini,” katanya.

Menurut Nasharuddin, Mek Chemor yang merupakan ibu kepada dua  anak gajah tersebut, berumur lebih 30 tahun dan seberat kira-kira tiga tan.

“Anaknya pula berumur sekitar tiga tahun dan masih lagi belum putus susu sepenuhnya,” jelasnya.

Ketua Kampung, Panizan Abdul Hamid, 58, berkata, tanaman dan pokok buah-buahan musnah dimakan gajah sejak Februari lalu.

“Salah seorang penduduk kampung mengalami kerugian besar selepas ikan yang dibelanya mati apabila gajah berendam dalam kolam ikannya. Kami selalu nampak gajah berjalan di sekitar kawasan ini,” tambahnya.

Turut sama menyaksikan proses itu adalah Mohd Dinish Haikal Samsudin yang 'ponteng' sekolah.

“Hari ini ‘elephant holiday'.

“Saya tidak pernah tengok gajah secara  langsung, tetapi hari ini saya berpeluang membelainya,” tambahnya.

Tags / Kata Kunci: gajah , Kampung Ulu Chemor , Perhilitan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan