Pelajar Perubatan Ditemui Selamat Di Masjid

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 4:00 PM

Siti Fatimatuzzahrah Bumidin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

SIBU: Seorang pelajar perubatan tahun akhir Segi College Sarawak yang sedang menjalani latihan di Hospital Sibu dilapor hilang selepas tidak kembali ke rumah pada Sabtu lalu telah ditemui selamat.

Siti Fatimatuzzahrah Bumidin,  ditemui di sebuah masjid di bandar ini pada kira-kira pukul 2 petang, Rabu.

Pelajar berusia 25 tahun ini dikatakan menghabiskan masa di masjid untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

Terdahulu, pelajar dari Ipoh, Perak dilihat oleh rakan-rakannya keluar daripada rumah mereka di Lorong 21, Taman Permai di sini kira-kira 1 tengah hari.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan kepada rakan-rakan serumahnya ke mana dia hendak pergi, malahan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

Bapa saudaranya, Ishak Rahmad iaitu jurugambar akhbar Utusan Malaysia yang menghubungi Bernama di sini meminta agar orang ramai menghubungi pihak polis jika mereka ternampak kelibat Fatimatuzzahrah yang memakai tudung, berketinggian 140 sentimeter dan berat 45 kilogram.

"Dia sepatutnya menduduki peperiksaan profesional perubatan, tapi tidak hadir," katanya.

Ishak berkata, laporan mengenai kehilangan anak saudarnya itu telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu oleh rakan serumanya pada 4.47 petang Selasa.

Pihak polis dilapor telah meminta bantuan pihak Lapangan Terbang Sibu untuk memeriksa sekiranya Fatimatuzzahrah telah keluar dari Sibu melalui lapangan terbang itu.

"Kita akan temubual rakan-rakan kolejnya dan akan menghubungi keluarganya jika ada perkembangan terbaharu," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Martin Khoo.

Balai Polis Sibu boleh dihubungi di talian hotline 084-322222. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Siti Fatimatuzzahrah Bumidin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan