Kenderaan Perdagangan Wajib Pasang Pelekat Pemantul Cahaya - Berita Semasa | mStar

Kenderaan Perdagangan Wajib Pasang Pelekat Pemantul Cahaya

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 10:38 PM

Nadzri Siron (tengah) pada sidang media penguatkuasaan pemasangan pemantul cahaya (rear and side) yang mematuh piawaian Malaysia Standard MS828; 2011 yang mendapat pengiktirafan SIRIM pada kenderaan perdaganagan di perkarangan Kementerian Pengangkutan pada Rabu. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (kiri) dan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Datuk Ir Mohamad Dalib (kanan). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya berkuat kuasa Januari depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron.

Semasa mengumumkan demikian pada Rabu, beliau berkata pemantul cahaya itu perlu mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang diiktiraf SIRIM Berhad.

"Pemilik kenderaan perdagangan yang gagal memasang pelekat pemantul cahaya berstandard SIRIM Berhad akan dikenakan denda RM300 dan amaran supaya berbuat demikian dalam tempoh 10 hari," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan berikutan banyak kemalangan pada waktu malam membabitkan kenderaan perdagangan yang sering diletakkan di tepi jalan kerana rosak.

Daripada lebih 18 juta kenderaan yang berdaftar dengan JPJ, sebanyak 1.2 juta adalah kenderaan perdagangan.

Terdahulu, beliau menghadiri taklimat berhubung pemasangan pemantul cahaya pada kenderaan perdagangan yang dihadiri oleh syarikat, pengusaha dan pemilik kenderaan bersama-sama JPJ, SIRIM Berhad dan Puspakom.

Nadzri berkata ketika ini, hanya dua syarikat yang menjual produk pemantul cahaya diiktiraf SIRIM QAS International iaitu 3M Malaysia Sdn Bhd dan Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, dengan setiap produk dijual pada harga antara RM60 dan RM80 di Puspakom serta beberapa syarikat yang dilantik pembekal.

Menurutnya setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu dibelakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihatan dianggarkan sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang.

Beliau turut mengingatkan pengusaha dan pemilik kenderaan perdagangan mengenai kewujudan pelekat pemantul cahaya tiruan yang tanpa logo JPJ di pasaran tempatan.

"JPJ kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membanteras penjualan produk tiruan itu," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: pemantul cahaya , jpj
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan