ATM Akan Segera Naik Taraf Helikopter Nuri - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 8:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyegerakan proses penambahbaikan dan naik taraf helikopter Nuri bagi memastikan kesiapsiagaan aset milik ATM sentiasa berada pada tahap tertinggi dan selamat digunakan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini bagi mengelakkan kejadian nahas helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau di Sabah pada Selasa,daripada berulang.

Helikopter Nuri milik TUDM membuat pendaratan cemas di SMK Balung, Tawau pada Selasa.


"Saya telah ingatkan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM sebelum ini bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan anggota dan kesiapsiagaan aset-aset ketenteraan kita.

"Saya juga bersetuju dan menyedari pandangan masyarakat bahawa helikopter Nuri telah lama digunakan iaitu sejak tahun 1967 dan wajar diganti dengan aset lebih baru," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hishammuddin berkata penggantian helikopter Nuri merupakan satu proses berfasa dan perolehan pesawat EC 725 serta menaik taraf pesawat Nuri merupakan sebahagian dari proses meningkat upaya fleet helikopter TUDM.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengarahkan Panglima Tentera Udara menyediakan dan memantau perkembangan pelan tindakan penambahbaikan helikopter terbabit agar ia dapat dilaksanakan segera mengikut perancangan.

"Saya akan mendapatkan taklimat khas daripada TUDM berhubung pelan tersebut sejurus pulang dari lawatan kerja luar negara pada minggu hadapan," katanya.

Ujar beliau, kementeriannya sentiasa komited untuk memastikan aset-aset pertahanan negara sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan anggota untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara tidak terjejas.

Pada Selasa, sebuah helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di atas bumbung dewan terbuka SMK Balung.

Insiden tersebut menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM termasuk dua juruterbang dan seorang juruteknik, serta lapan pelajar dan seorang pekerja pembersihan.  -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan