Masa Depan Politik Umat Islam Di M'sia Tidak Menentu Akibat Perpecahan

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 9:12 AM

Nasharuddin Mat Isa

Nasharuddin Mat Isa.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di Malaysia boleh menyebabkan masa depan politik umat Islam di negara itu menjadi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Dr Nasharuddin Mat Isa. 

Katanya, jika umat Islam di Malaysia terus berpecah, ia menyebabkan Islam menjadi lemah dan memudahkan anasir tertentu untuk menyerapkan ideologi songsang seperti terrorisme ke dalam fikiran anak-anak muda. 

Bercakap kepada Bernama di sini Selasa, Nasharuddin berkata, umat Islam Malaysia harus mengambil iktibar dan pengajaran perpecahan ukhwah yang berlaku di negara-negara Arab.

Keadaan itu telah mengakibatkan anak-anak muda di negara itu kini menjadi anggota pengganas dan seterusnya memusnahkan negara mereka sendiri. 

Beliau berkata, antara bibit perpecahan umat Islam di Malaysia ialah apabila mereka berpecah dengan menubuhkan pelbagai parti politik hanya kerana perasaan tidak puas hati.

"Sememangnya dalam sistem demokrasi adalah menjadi hak masing-masing untuk menubuhkan parti politik tetapi kita bertanya apakah kepentingannya kepada negara kerana tindakan itu hanya membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam," kata beliau. 

Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat mengenai pengaruh terrorisme di Malaysia anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan GMM di sini.  

Dalam taklimat itu, Nasharuddin berkata, hasil kajian mendapati anak-anak muda yang tidak mempunyai kawan dan bersikap selalu memandang dirinya sahaja yang betul sebenarnya mudah terpengaruh dengan fahaman radikal. 

Katanya, disebabkan tidak mempunyai kawan untuk berbincang dan bermain, mereka akan menjadikan internet sebagai kawan dan terpengaruh dengan fahaman radikal menerusi bacaan dalam laman-laman sosial di internet. 

Nasharuddin berkata, golongan ibu bapa pula haruslah mendampingi anak jika mengatahui anak mereka tidak mempunyai kawan serta memantau laman-laman sosial internet yang anak mereka layari. 

Katanya, tindakan pencegahan boleh dilakukan dari awal menerusi didikan yang betul supaya anak mereka tidak mudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Sementara itu Duta Besar Malaysia di Indonesia datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak kedutaan menganjurkan aktiviti ceramah isu-isu semasa serantau sebagai usaha untuk menjalinkan hubungan dan persefahaman bersama dalam membanteras aktiviti keganasan.

Majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang turut disertai wakil kedutaan dari Republik Singapura, Brunei dan perwakilan Asean. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Nasharuddin Mat Isa

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan