Sebanyak 70 Kes AGE Di Kedah, Perak Dan Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 11:39 PM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 kes Acute Gastroenteritis (AGE) dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga Selasa, selepas penghidapnya mengunjungi sebuah resort di Bukit Merah, Perak pada 24 September lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes dilaporkan di Kedah, 30 kes di Perak dan 14 kes di Pulau Pinang yang melibatkan mangsa berusia di antara sembilan hingga 53 tahun.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 kes (42.9 peratus) disahkan positif Rotavirus dengan Perak mempunyai enam kes, 16 kes di Kedah dan Pulau Pinang mencatat lapan kes.

"Hanya 14 kes masih dirawat di hospital dan kesemua kes dilaporkan dalam keadaan stabil. Tiada sebarang kematian direkodkan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Dr Noor Hisham juga berkata keputusan baki klorin dari tujuh lokasi persampelan yang dibuat pada 28 Sept lepas mendapati hanya tiga lokasi sahaja yang mempunyai paras baki klorin mencukupi iaitu melebihi 0.5 ppm.

Menurutnya Piawaian baki klorin dalam air kolam renang awam yang ditetapkan mengikut Garis Panduan Kolam Renang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah 0.5 ppm hingga 1.5ppm.

Beliau berkata keputusan kehadiran rota virus bagi sampel air yang diambil pada 29 dan 30 Sept lepas di tujuh lokasi persampelan di resort berkenaan mendapati kesemuanya negatif Rotavirus.

"Ini mungkin kerana tindakan pada 24 Sept lepas iaitu aktiviti pengklorinan air serta pencucian sebelum persampelan air oleh Kementerian Kesihatan dilakukan, boleh menyahkan Rota virus," katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak masih meneruskan pemantauan aktiviti pencucian kolam seperti pembuangan air, pembersihan, pemancutan dan pembasuhan balik supaya ia dilakukan dengan sempurna.

"Kolam-kolam ini masih ditutup mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan danKawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sehingga JKN Perak berpuas hati dengan tindakan pembersihan yang dijalankan dan tidak memudaratkan kesihatan awam," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE ke kolam renang awam dan memastikan mereka tidak mandi dengan memakai lampin pakai buang.

Dr Noor Hisham berkata lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah disediakan.

Beliau juga meminta mereka supaya membasuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas, menukar lampin dan sebelum makan.

AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air yang sering dikaitkan dengan paip air tercemar dengan gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, demam dan kekejangan perut. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Acute Gastroenteritis , AGE

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan