PAU2016: 'Serang' Umno, Media Haluan Kiri Tak Dilayan Baik

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada layanan baik sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2016 kepada pengamal media berhaluan kiri yang secara berterusan bertindak 'menyerang' parti itu menerusi pelbagai laporan negatif.

Sehubungan itu Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata, Umno mengambil pendirian sama seperti sebelum ini untuk mengehadkan penyaluran maklumat  hanya kepada media arus perdana sepanjang perhimpunan tahunannya kali ini.

"Lintas langsung yang diberi kepada orang ramai (pemerhati) telah disalahguna oleh mereka (media) yang menggunakan kemudahan ini bagi menyerang semula Umno menerusi maklumat yang diperolehi.

"Tahun lepas segala perbelanjaan dalam buku laporan tahunan Umno juga disiarkan dalam portal tak rasmi, membuatkan kita rasa tidak selesa kerana sepatutnya bahan itu adalah bahan terhad.

"Tapi mereka menggunakan apa jua maklumat dalam PAU ini untuk menyerang Umno," katanya pada sidang media selepas mesyuarat dan taklimat  penyelarasan media sempena PAU 2106 di sini, Selasa.

Ditanya sama ada Umno akan bertindak mengusir petugas media yang tidak mendapat kebenaran membuat liputan di PWTC, Abdul Rauf berkata, pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya jika ia berlaku.

"Selagi tak sehaluan dengan kita, sama sahaja, kita tunjuk haluan lain (jalan keluar).

"Tanpa prejudis kita akan terima dengan baik.  Tapi jika kita beri penghormatan, penghargaan tapi dia (media bukan arus perdana) menggunakan platform ini (PAU) untuk menyerang Umno...nak buat apa?

"Kita tak akan berikan layan yang terbaik," katanya.

Mengulas sama ada Umno menjangkakan sesi perbahasan PAU 2016 akan panas berdasarkan situasi politik semasa, Abdul Rauf berkata: "Itu tak dapat kita jangkakan. Kena tunggu hari persidangan. Tapi suhu tak menentu ini bukan Umno, itu orang luar.

"Umno masih tetap dalam keadaan terbaik. Bukan suhu Umno yang turun naik. Umno tetap sama dan suhunya terbaik," katanya.


Tags / Kata Kunci: Abdul Rauf Yusoh , Umno , PAU 2016

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan