Bajet 2017: Tiada Kenaikan GST

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 11:57 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz pada Selasa berkata Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib 21 Oktober ini tidak akan melibatkan cadangan meningkatkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sedia ada.

Katanya kadar enam peratus yang dikenakan sekarang masih mencukupi untuk menguruskan ekonomi negara dan memenuhi keperluan untuk membantu masyarakat marhaen.

"Takkanlah kita hendak membebankan rakyat lagi (dengan menaikkan kadar GST). Kita masih mampu menguruskan ekonomi walaupun kita menghadapi cabaran," katanya selepas merasmikan Seminar Integriti, Kualiti, Inovasi dan Kreativiti (Sektor Awam dan Swasta) di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Najib yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan peningkatan kadar GST semasa membentangkan Bajet 2017 ini.

Menurut Othman, asas pencukaian di bawah GST yang dikenakan kerajaan sejak diperkenalkan 1 April tahun lepas tidak melibatkan kesemua barangan keperluan rakyat.

"Kerajaan kita bertanggungjawab... amat prihatin kepada rakyat. Apa yang kita dapat daripada GST kita beri balik kepada rakyat namun ini cuba dieksploitasi (oleh pihak tertentu)," katanya.

Othman berkata persiapan untuk pembentangan Bajet 2017 yang kini sudah memasuki fasa terakhir ini telah banyak mengambilkira pendapat yang diutarakan oleh rakyat dari pelbagai lapisan.

Katanya seperti mana bajet yang telah dibentangkan sebelum ini, Najib telah menunjukkan sikap keterbukaannya untuk memastikan bajet tahun depan menggambarkan suara segenap rakyat dan keperluan mereka. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: GST , Bajet 2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan