Struktur Diturunkan Di Surau Setia Alam Bukan Menara Azan - MBSA

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa struktur yang diturunkan di kawasan Surau Ar-Raudhah, Setia Alam di sini pagi Selasa bukan menara surau sebaliknya struktur telekomunikasi yang telah didirikan tanpa kebenaran.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan MBSA telah merujuk pembinaan struktur telekomunikasi tanpa kebenaran itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang memaklumkan bahawa pembinaan itu  juga tidak mendapat kebenaran daripada Jais.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat penyelarasan mengenai tindakan untuk menurunkan struktur telekomunikasi tanpa kebenaran itu telah diadakan melibatkan wakil Jais, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah, Persatuan Penduduk Setia Indah 11 dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 21.

Katanya hasil mesyuarat pihak MBSA telah meminta pemilik struktur telekomunikasi tersebut untuk menurunkan struktur berkenaan, namun pemiliknya gagal berbuat demikian.

Menurut MBSA, operasi yang diadakan pagi Selasa adalah rentetan daripada kegagalan pemilik struktur telekomunikasi berkenaan menurunkan struktur berkenaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

"Justeru, MBSA berharap melalui penjelasan ini, dapat memberi gambaran dan maklumat tepat serta betul kepada masyarakat berhubung isu penurunan struktur telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran.

"Ini kerana MBSA adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sentiasa mengamalkan dan berpegang kepada konsep integriti serta telus dan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan cekap dan efisien kepada orang ramai," katanya.

Beberapa media melaporkan MBSA bertindak merobohkan sebuah menara azan di surau berkenaan atas alasan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan menara setinggi kira-kira 30 meter itu dibuat menggunakan kren kira-kira 9 pagi Selasa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Surau Ar-Raudhah , Setia Alam , MBSA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan