SPM Di Lokasi Lain Jika Struktur Bangunan SMK Balung Tidak Selamat

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah akan dijalankan di lokasi lain sekiranya struktur bangunan sekolah berkenaan didapati tidak selamat diduduki susulan kejadian pendaratan cemas sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, ia bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah berkenaan terjamin.

"Sekolah akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Kita akan mencari lokasi lain sekiranya bangunan itu tidak dapat digunakan.

"Sekiranya sekolah itu menjadi pusat peperiksaan dan kebiasaanya ia menjadi pusat peperiksaan, kita akan cari lokasi yang paling sesuai bagi menempatkan pelajar mengambil SPM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti India (MICC) di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden pendaratan cemas sebuah helikopter Nuri milik (TUDM) di sekolah itu yang turut menjejaskan Pusat Kemahiran Hidup sekolah dan menyebabkan beberapa pelajar cedera ringan.

SPM dijadual bermula dari 7 November hingga 6 Disember ini.

Kamalanathan berkata SMK Balung ditutup mulai hari ini sehingga siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.

Katanya ia bagi membolehkan kerja-kerja penyiasatan dilakukan oleh pihak berkenaan.

"Kawasan sekolah itu akan dikawal dan menjadi tempat larangan serta merta.

Kita (Kementerian Pendidikan) akan ambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada nasihat yang kita terima daripada pihak-pihak berkenaan," katanya.

Terdahulu ketika merasmikan MICC itu, beliau berkata penubuhan pusat berkenaan dilihat mampu membantu kerajaan menangani isu yang melanda rakyat seperti soal kebajikan, ketiadaan sijil lahir dan kad pengenalan biru.

"Di Gemas, kita Barisan Nasional (BN) telah pun memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di sini dan dengan adanya MICC sebagai sebuah badan bukan kerajaan, ia mampu memberi nilai tambah kepada usaha yang dijalankan BN," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPM , SMK Balung , helikopter TUDM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan