SMK Balung Ditutup Ekoran Helikopter Jatuh - Berita Semasa | mStar

SMK Balung Ditutup Ekoran Helikopter Jatuh

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 12:36 PM

Pandangan udara susulan kejadian helikopter TUDM terhempas atas bumbung SMK Balung di Tawau, pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup pada bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau telah membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

"Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran," katanya.

Selain bumbung pusat itu, difahamkan sebuah dewan yang sedang dalam pembinaan turut rosak.

Seorang guru ynag enggan dikenali berkata beliau sedang mengajar apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat yang saya agak datang tidak jauh dari pejabat guru," katanya.

Kejadian melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kelas  Tingkatan 4 dan 5.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: SMK Balung , helikopter , TUDM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan