"Saya Bukan 'Sumber' Jamal - Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 7:09 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menafikan memberi maklumat mengaitkan Bersih dengan kumpulan militan IS kepada pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.

"Saya tidak pernah melihat Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya juga tidak pernah bertemu dengan Jamal," kata Rafizi dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahli Parlimen Pandan itu membidas kenyataan Jamal yang mendedahkan beliau sebagai sumber yang memberikan maklumat tersebut.

Ditemani lebih 50 penyokong Baju Merah, Jamal hadir ke Bukit Aman pada Selasa untuk menyerahkan bukti mengenai dakwaannya bahawa Bersih bekerjasama dengan pengganas.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memberitahu pemberita bahawa salah seorang sumbernya adalah Rafizi/.

"Saya tidak tahu apa Jamal katakan. Saya tidak mahu tahu dan saya tidak berminat untuk tahu," kata Rafizi.

Baru-baru ini, Jamal mendakwa Bersih diresapi IS dengan berkata maklumat mengenainya diperolehi daripada sumber boleh dipercayai.

Beliau juga mendakwa Bersih 2.0 merancang untuk 'menawan' beberapa lokasi strategik pada perhimpunan 19 November ini.

Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , Bersih 2.0 , Jamal Yunos , Baju Merah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan