Cadangan PM Dua Penggal Boleh Dilaksana Tanpa Pinda Perlembagaan - Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 3:00 PM

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub (tengah) bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) pada sidang media di Wisma Amanah, di Jalan Ipoh, pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal boleh dilaksanakan secara konvensyen tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub yang berpendapat, langkah itu boleh digunakanpakai jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, perjanjian itu sememangnya pernah diamalkan sebelum ini ketika pemilihan perdana menteri dibuat namun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Perlembagaan.

"Tidak termaktub di dalam Perlembagaan bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu perlu di kalangan Melayu Islam. Namun menerusi amalan lazim ia menjadi sesuatu yang diikuti.

"Begitu juga dengan cadangan ini yang boleh juga dilaksanakan berdasarkan konvensyen.

"Jika semua Ahli di Parlimen bersetuju dengan cadangan ini dan kita mempunyai lebih daripada dua pertiga sokongan majoriti, kita akan pinda Perlembagaan itu. Jika tidak, kita akan teruskan cadangan ini berdasarkan konvensyen demi kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Wisma Amanah, di sini pada Selasa.

Tambah Salahuddin, cadangan menghadkan perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana negara maju seperti Amerika Syarikat juga telah meminda perlembagaannya selepas kematian Presidennya yang berkhidmat selama empat penggal, Franklin D. Roosevelt.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, cadangan menghadkan tempoh perkhidmatan itu juga bertujuan menghalang penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri.

"Antara tujuan cadangan kita untuk mengehadkan tempoh khidmat seorang perdana menteri ini kepada dua penggal ialah supaya perkara-perkara seperti yang berlaku sekarang tidak berlarutan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan daripada memberi mudarat kepada negara", katanya.

Selain itu, PPBM dan Amanah turut melaksanakan klausa terbaharu ke dalam perlembagaan parti masing-masing, iaitu menghadkan tempoh jawatan presiden kepada tiga penggal sahaja.

"Dalam perlembagaan kedua-dua parti PPBM dan Amanah, kita menghadkan jawatan presiden itu kepada hanya tiga penggal sahaja."

"Dan satu penggal, tiga tahun. Bermakna tempoh maksimum adalah sembilan tahun sahaja. Jadi tak mungkin salah satu presiden daripada parti kami boleh memegang jawatan perdana menteri lebih dari dua penggal di sesi parlimen," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu bagaimanapun mengakui tempoh seorang perdana menteri di bawah kerajaan pembangkang boleh dilanjutkan lebih daripada tempoh berkenaan jika berada dalam keadaan tertentu.

"Jika kita berada dalam keadaan yang luar biasa, mungkin seorang (perdana menteri) ketika itu sangat popular, maka kita boleh mempertimbangkan (lebih daripada dua penggal), tetapi masih lagi berdasarkan konvensyen," katanya.

Tags / Kata Kunci: PPBM , Amanah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan