PAS Belum Bincang Untuk Bergabung Dengan Parti Lain - Mohd Amar - Berita Semasa | mStar

PAS Belum Bincang Untuk Bergabung Dengan Parti Lain - Mohd Amar

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa PAS dan PPBM akan bergabung.

"Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan PPBM). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata 'don't read too much'," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, Selasa.

Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.

Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.

Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita 'open' tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Amar Nik Abdullah , PAS
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan