Keluarga Tentera Hilang Di Laut Tabah Tunggu Khabar Berita

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 6:02 PM

Dua tentera yang sedang menjalankan tugas di Pulau Perak berhampiran Langkawi hilang selepas terjatuh ke dalam laut pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

BALING: Keluarga Koperal Mohd Faizol Rosli yang dilapor hilang di laut di Pulau Perak dekat Langkawi petang Isnin tabah menunggu khabar berita mengenai usaha pencariannya.

Isteri beliau Siti Aminah Abd Hamid, 30, yakin usaha mencari suaminya akan berhasil.

"Kami sekeluarga telah melakukan bacaan Yassin dan solat hajat bagi mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat," katanya di rumah bapa mentuanya di Kampung KEDA Kemangi, Kupang di sini Selasa.

Beliau berkata kali terakhir beliau menerima panggilan daripada suaminya ialah pada 5 September lalu yang suaminya memberitahu beliau akan bertugas di satu lokasi.

Mohd Faizol dan rakannya Koperal Johbartlee Kanil yang merupakan anggota  Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Oran, Perlis dilapor hilang setelah terjatuh ke dalam laut.

Mereka sedang menjalankan tugas di Pulau Perak.

Rosli Hassan, 55, iaitu bapa Mohd Faizol berkata mereka sekeluarga pasrah menunggu sebarang berita mengenai hasil dari usaha menyelamat anaknya.

"Apa pun sehingga kini masih tiada sebarang berita terbaharu yang kami terima," katanya.

Pihak Tentera Laut Diraja Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia  telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tentera hilang , Langkawi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan