Isu Pencemaran Sungai Semenyih, Aspek Pemantauan Dan Penguatkuasaan Perlu Dimantapkan

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 8:47 PM

Sungai Semenyih.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor digesa supaya memantapkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan, selain membangunkan inventori sisa pembuangan industri dan komersial terutamanya daripada kilang-kilang bagi mengatasi masalah pencemaran sungai yang memberi kesan kepada bekalan air.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)  S. Piarapakaran berkata ini bagi mengelak sisa-sisa industri dibuang ke dalam sungai oleh kilang-kilang, seperti yang berlaku dalam kes pencemaran Sungai Semenyih, baru-baru ini.

"Sekiranya inventori itu dibangunkan, tindakan tegas mengikut peraturan ditetapkan dalam inventori boleh diambil bagi mengatasi masalah pencemaran sungai disebabkan sisa-sisa pembuangan kilang seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna," katanya.

Selain itu, katanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga perlu mewajibkan semua bahan kimia yang akan menyebabkan pencemaran dan digunakan dalam proses pembuatan, didaftarkan bagi tujuan pemantauan.

"Melalui cara ini, JAS dapat memantau penggunaan bahan-bahan kimia tersebut dalam kalangan pengguna dan kilang-kilang industri agar ia tidak menjejaskan persekitaran dan menyebabkan pencemaran alam," katanya.

Pada 23 September lepas, Kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan mengumumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup mulai 22 hingga 24 September berikutan pencemaran teruk air sungai berpunca daripada sisa-sisa kilang industri dari kawasan Hitech Semenyih.

Ia menyebabkan gangguan berpanjangan bekalan air daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang, dan hari ini sekali lagi loji itu terpaksa ditutup berikutan masalah yang sama.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata JAS dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) perlu memantau operasi kilang-kilang di sekitar Sungai Semenyih kerana sisa-sisa pembuangan telah dikenal pasti sebagai punca pencemaran.

"Pencemaran sungai yang kritikal akibat sisa-sisa pembuangan kilang mengakibatkan loji rawatan air sungai itu tidak mampu merawatnya secara bersih dan akhirnya terpaksa ditutup kerana tidak boleh berfungsi secara menyeluruh," katanya.

Selain itu, beliau berkata kemudahan di loji rawatan air Sungai Semenyih perlu dinaik taraf berikutan ia hanya boleh merawat air yang tercemar secara minimum.

"Setakat ini, loji rawatan air itu tidak mampu lagi merawat air sungai yang tercemar teruk akibat pembuangan sisa-sisa kilang dan sampah menyebabkan ia terpaksa ditutup yang mengakibatkan gangguan bekalan air.

"Kerajaan negeri dan pusat perlu mengambil kira untuk menaik taraf loji rawatan air itu agar dapat membekalkan bekalan air bersih kepada pengguna pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Penyelidikan dan Polisi Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) Nurul Naim Razali berkata pihaknya mahu kerajaan negeri menyediakan pelan menyeluruh bagi menangani krisis air terutamanya yang berpunca daripada pencemaran.

Beliau berkata pencemaran sungai telah banyak kali berlaku lebih-lebih lagi dengan peningkatan jumlah kilang khususnya di kawasan sepanjang Sungai Semenyih dan Sungai Langat.

"Keadaan ini juga menyebabkan berlaku pencemaran tidak terkawal disebabkan terlalu banyak kilang yang membuang sisa-sisa mereka ke dalam sungai dan tiada sebarang tindakan diambil seperti menutup pengoperasian kilang tersebut.

"Selain itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus juga mengambil berat terhadap isu itu memandangkan air adalah keperluan asas manusia yang perlu sentiasa dilindungi," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sungai Semenyih , pencemaran

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan