Insiden Tawau: Helikopter Cuba Mendarat Cemas

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Helikopter yang terhempas di atas bumbung sebuah bangunan sekolah di Tawau Sabah pada pagi Selasa cuba membuat pendaratan cemas, kata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Semua 14 orang yang berada di dalam helikopter itu dilaporkan selamat.

Menurut TUDM lagi, helikopter berkenaan telah meninggalkan pangkalan udara pada pukul 7.35 pagi bagi melakukan latihan penerbangan hariannya.

"TUDM sedang membuat penilaian di lokasi kejadian," katanya  menerusi kenyataan.

TUDM juga berkata, sebuah pasukan siasatan akan ditubuhkan untuk menentukan punca nahas.

Tiada laporan kecederaan di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

Tags / Kata Kunci: Helikopter , TUDM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan