Hartanah Warisan Terperangkap Dalam 'Undang-Undang Tergantung'

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 8:02 AM

LEE menunjukkan gambar lama 18 orang mah-jeh yang memiliki hartanah di Jalan Pintal Tali, Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

GEORGE TOWN: Lapan hartanah warisan bernilai hampir RM10 juta di sini mungkin akan terperangkap dalam 'undang-undang tergantung' buat selama-lamanya berikutan kaedah pembelian oleh sekumpulan wanita Cina suatu ketika dahulu.

Sekumpulan masyarakat terdiri daripada 180 amah atau mah-jeh (dalam dialek Kantonis bermaksud ibu-kakak) membeli sembilan hartanah antara tahun 1950-an dan 1970-an untuk didiami selepas bersara.

Sesetengah daripada 50 hingga 80 mah-jeh membeli deretan empat buah rumah warisan di Jalan Pintal Tali (Rope Walk) yang terletak hanya 350 meter dari Komtar.

Manakala 100 lagi membeli lima buah rumah di Muntri Street.

Satu daripadanya dibeli oleh seorang peniaga patung Cina, Datuk Lee Wing Kong kira-kira dua dekad yang lalu.

"Setiap rumah dimiliki bersama oleh kira-kira 20 mah-jeh," kata Lee, 64, dalam satu temu bual.

"Kesemua mereka telah meninggal dunia dengan kebanyakan harta yang ditinggalkan masih menjadi hak mereka. Ada antara mereka memberikan saham kepada waris yang mungkin berada di sini atau di China.

"Terdapat terlalu ramai pemilik bersama bagi setiap rumah.

"Saya rasa hartanah ini akan terus kekal tidak berubah sebagai bukti kepada kewujudan masyarakat mah-jeh."

Lee, yang membesar di Rope Walk dan menjalankan perniagaan di sana mengenali mah-jeh sepanjang hidupnya.

Mendiang isterinya, Wong Yoke Chan adalah anak angkat kepada salah seorang mah-jeh.

Mah-jeh adalah pembantu rumah dari China yang datang ke sini selepas tahun 1930.

Mereka mampu melakukan pelbagai tugas dan terkenal dengan kesetiaan dan dedikasi mereka kepada tuan rumah.

Mah-jeh merupakan suatu persaudaraan kuno yang dibina oleh peniaga sutera dari kampung Shunde di Guangdong.

Apabila industri sutera menjunam pada tahun 1920, mereka keluar untuk bekerja sebagai amah di Hong Kong, Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat.

Mereka memakai blaus putih dan seluar hitam sebagai pakaian seragam mereka.

Lee berkata, beliau membeli sebuah rumah di Muntri Street daripada 14 mah-jeh apabila mereka menawarkan untuk menjual kepadanya.

"Urus niaga ini mengambil masa lima tahun untuk disiapkan disebabkan bilangan pemilik yang ramai," katanya.

Menurut Lee lagi, baki lapan hartanah milik mah-jeh di Rope Walk dan Muntri Street disewakan untuk tujuan perniagaan dan bakinya hanya dibiarkan kosong tanpa penyelenggaraan.

Tags / Kata Kunci: Mah-Jeh , Amah , Rope Walk , Muntri Street

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan