Azam Baki Dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM - Berita Semasa | mStar

Azam Baki Dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang baharu berkuat kuasa, Selasa.

Azam menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull yang bersara wajib secara rasmi pada Isnin, kata SPRM dalam kenyataan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang kini menyandang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen. 

Sebelum ini, Azam dan Shamshun masing-masing memangku jawatan berkenaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Azam Baki , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan