Pintu Umno Masih Terbuka Untuk Mukhriz

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pintu masih terbuka untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir kembali bersama Umno jika ia langkah terbaik untuk bergelar perdana menteri, kata Tan Sri Annuar Musa.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, tidak mustahil untuk parti itu menerima Mukhriz  dalam perjuangannya.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang berpendapat, Mukriz akan lebih mudah menduduki kerusi perdana menteri jika kembali bersama Umno dan menjadi menteri kewangan.

"Beliau adalah penulis blog yang boleh dipercayai, bijak tetapi tidak semua yang diperkatakannya betul.

"Bagaimanapun tidak mustahil untuk Umno menerima Mukhriz kembali kerana ini adalah parti untuk semua dan sentiasa terbuka.

"Ia boleh dibincangkan kerana dalam Umno seseorang itu tidak semestinya meninggalkan parti selamanya dan hal ini bukan melibatkan Mukhriz sahaja tetapi semua pihak," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin.

Mukhriz disingkirkan daripada Umno pada 24 Jun lalu selepas berjuang bersama pembangkang untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya mengenai bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut dipecat dan kini menerajui Parti Priumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berhasrat bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Annuar menyambut baik keputusan itu.

"Kami jangka mereka akan bertanding antara 20 hingga 30 kerusi kerana PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan beri mereka kerusi.

"Tetapi jika mereka bertanding di semua 120 kerusi seperti Umno, kami mengalu-alukannya," katanya.

Mengenai bekas Senator, Datuk Ezam Mohd Nor yang mengumumkan keluar Umno pada Ahad, Annuar berkata, ahli yang tidak memiliki kepercayaan terhadap parti wajar meletak jawatan atau keluar parti.

"Beliau (Ezam) sepatutnya sudah lama keluar daripada Umno.

"Tidak mengapa jika ada ahli keluar, tetapi perkara itu bukan pengakhiran segalanya kerana parti perlu bergantung kepada suara majoriti ahli untuk meneruskan perjuangan parti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat ketua-ketua penerangan bahagian di PWTC pada Isnin.

Selain itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, pihaknya juga tidak menghalang ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.


Tags / Kata Kunci: Umno , Mukhriz Mahathir , Ezam Mohd Nor

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan