Pembangkang Dibidas, Mahu Tun M 'Diktator' Kembali

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Amalan demokrasi semakin berkembang di era Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menambah, begitu ironik apabila beberapa pemimpin pembangkang mahu Dr Mahathir kembali walaupun beliau sendiri mengakui dirinya diktator.

"Sesuatu yang ironik bagi sesiapa yang memahami sejarah negara apabila mendengar Dr Mahathir Mohamad bercakap mengenai demokrasi. Baru-baru ini beliau secara terbuka mengakui dirinya seorang diktator ketika berkuasa dan ia sememangnnya diketahui.

"Malahan, lebih ironik apabila rakan baharu Dr Mahathir dalam barisan pembangkang seolah-olah mendapat ilmu mengenai demokrasi daripadanya kerana pemimpin utama pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya dipenjarakan ketika era Dr Mahathir sebagai perdana menteri," katanya.

Tambah mengelirukan kata Abdul Rahman, apabila seorang rakan Dr Mahathir ketika ini, Datuk Zaid Ibrahim mahu beliau kembali berkuasa sedangkan bekas Menteri di JPM itu sendiri pernah mengkritik kepimpinan bekas Pengerusi Proton itu.

"Zaid pernah katakan pemerintahan Dr Mahathir umpama autoritarian dimana ketika itu demokrasi dalam Umno 'mati' dan beliau telah memusnahkan perundangan serta kebebasan sistem kehakiman di Malaysia. Di sebaliknya semuanya, kini Zaid mahu Dr Mahathir kembali," katanya.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata, bagaimanapun kebebasan sistem kehakiman dan perundangan negara telah kembali ke tahap asal.

"Perundangan yang digunakan Dr Mahathir gunakan adalah begitu meluas bagi memberi tekanan kepada pembangkang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah dihapuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hak untuk memprotes juga telah dimasukkan dalam perundangan untuk pertama kalinya menerusi Akta Perhimpunan Aman dan ia sekali gus mengembangkan demokrasi di negara ini berbanding ketika era Dr Mahathir," katanya.

Ahli Parlimen Kota Belud itu menemplak Dr Mahahir kerana sikapnya terhadap bekas rakan seperjuangan dalam Umno selepas gagal menjatuhkan kerajaan ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Rakyat semakin tidak menghiraukannya, malahan kenapa pula seseorang itu perlu mendalami demokrasi daripada seseorang yang mengakui dirinya diktator," soalnya.

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , Umno , diktator , JPM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan