Pastikan Pesakit Mental Ambil Ubat Ikut Jadual

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 9:53 PM

Gambar sekadar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pastikan pesakit mental mengambil ubat mengikut jadual dan dosis yang telah ditetapkan bagi mengelak mereka daripada bertindak ganas di luar kawalan.

Demikian nasihat Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Prof Madya DrMuhammad Muhsin Ahmad Zahari kepada pihak-pihak tertentu terutama keluarga berkenaan.

Dr Muhammad Muhsin berkata, kebanyakan pesakit mental di negara ini menepati temu janji dengan doktor namun tidak mematuhi jadual pemakanan ubat.

"Pengambilan ubat perlulah mengikut apa yang disarankan oleh doktor yang meliputi jenis ubat, kuantiti, dan waktu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Namun Dr Muhammad Muhsin berkata isu utama yang sering berlaku ialah apabila keluarga tidak mengawasi dan menyelia pengambilan ubat oleh ahli keluarga pesakit mental. 

"Harus diingat kesan apabila mereka tidak mengambil ubat ini bukannya dalam tempoh pendek, namun jangka masa panjang iaitu apabila mereka mula bertindak ganas seperti membunuh dan mencederakan orang," katanya.

Beliau memberikan nasihat itu ekoran beberapa insiden tragis melibatkan kecederaan dan kematian oleh ahli keluarga sendiri yang juga merupakan pesakit mental yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Pada Ahad, seorang lelaki pesakit mental membunuh ibu saudara dan adik lelakinya yang lumpuh dalam kejadian amuk di Kampung Lanai, Kupang, Baling. 

Ogos lalu, seorang nenek dipenggal kepalanya oleh cucunya yang juga pesakit mental di Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi Johor, dan dua bulan sebelum itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dikelar ayahnya yang mengalami kemurungan, di Kampung Tengah, Kodiang, Kedah.

Dr Muhammad Muhsin turut menasihatkan keluarga agar tidak terlalu bertoleransi terhadap pesakit mental dengan tidak membawa mereka berjumpa doktor, sebaliknya mengurung mereka di dalam rumah. 

"Malah ada yang membawa pesakit menjalani rawatan alternatif seperti berjumpa bomoh, dan menganggap pesakit diganggu makhluk halus serta mempunyai saka," katanya. 

Sekiranya melihat tanda-tanda seperti perubahan kelakuan atau kemurungan pada ahli keluarga katanya, keluarga perlulah segera membawa berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan sewajarnya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kawal ubat , pesakit mental

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan