Henti Kegiatan Balak Serta Merta - Kerajaan Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mengeluarkan arahan menghentikan kegiatan pembalakan serta merta di Hutan Simpan Balah sehingga dimaklumkan kelak.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Zahari Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat pada Isnin pagi.

"Keputusan itu dibuat untuk memastikan situasi aman di kalangan Orang Asli dan pembalak yang berhadapan halangan Orang Asli di kawasan itu," katanya kepada pihak media di pejabatnya pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan oleh kerajaan PAS negeri itu turut mendapat persetujuan semua pihak.

Pihak yang tidak bersetuju dengan kegiatan pembalakan itu telah menghalang kegiatan berkenaan di hutan simpan itu bagi mengelak lori daripada keluar kawasan berkenaan.

Halangan ke kawasan itu dibentuk di dua lokasi iaitu kira-kira 70 kilometer dari Gua Musang dan di Pos Tohoi-Pos Gob serta satu lagi di Kampung Berik di Pos Pasik.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan