Kapasiti Empangan Berkurangan Akibat Endapan

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Masalah endapan yang meliputi kawasan seluas 80 padang bola sepak mencecah ketinggian bangunan dua tingkat di dasar kawasan tadahan air Ringlet di sini.

Situasi tersebut sekali gus mengurangkan kapasiti empangan lebih separuh berbanding jumlah asal yang mampu ditampung.

Masalah endapan di kawasan Tasik Ringlet terus berlaku walaupun syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan langkah intensif untuk mengekang perkara itu berlaku.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset) Bahagian Penjanaan TNB, Roslan Abd. Rahman berkata, semasa lawatan ke Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar baru-baru ini, pihaknya mendapati empangan itu hanya boleh menampung 2.7 juta meter padu air, kurang setengah berbanding kapasiti sebenar.

Empat sumber air yang mengalir ke empangan tersebut iaitu Tasik Ringlet, sungai Bertam, Habu dan Tenom.

Lawatan tersebut mendapati tahap air di empatan itu berkurangan akibat mendapan.

Penduduk di kawasan sekitar menyuarakan kebimbangan jika berlaku lagi kejadian tanah runtuh sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh tiga bulan ini.

Pada 2013, air empangan yang berlebihan terpaksa dilepaskan, menyebabkan banjir besar berlaku dan empat kematian dicatatkan.

"Jika paras air di empangan Sultan Abu Bakar mencecah ketinggian 3,513 kaki, pintu empangan akan terbuka secara automatik, tetapi situasi itu mengundang bahaya sekiranya air dilepaskan terlalu banyak.

"Nyawa penduduk di Lembah Bertam yang terletak berdekatan empangan boleh terancam.

"Disebabkan itu, kami mengurangkan tahap operasi kepada 3,500 kaki semasa musim hujan supaya kami boleh memiliki masa untuk menguruskan jumlah penyimpanan air," kata Roslan.

TNB telah membelanjakan lebih RM180 juta antara 2008 dan 2013 untuk membersihkan kawasan tadahan air Ringlet dan Empangan Hidoelektri Sultan Abu Bakar, melibatkan pembuangan kira-kira 350,000 meter padu keladak pada setiap tahun.

Namun sejak 2014, jumlah keladak itu bertambah kepada 400,000 meter padu setahun di Tasik Ringlet, memaksa TNB meningkatkan lagi aktiviti pembersihan dengan jumlah 700,000 meter padu keladak.

"Selain itu, kira-kira dua tan bahan buangan dikumpul pada setiap minggu dari tasik tersebut dan jumlah berkenaan bertambah pada musim hujan lebat," katanya.



Tags / Kata Kunci: Empangan , Ringlet , TNB

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan