AAM Ambil Alih Tanggungjawab MAM

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 3:37 PM

Pengerusi AAM (Sukan Bermotor / Hubungan Antarabangsa) Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha - (kanan) bersama Naib Pengerusi (Pemasaran / Perhubungan Awam / Insurans) Wan Ahmad Zaharuddin Wan Ahmad yang ditemui semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan pada Isnin

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Automobil Malaysia (AAM) memaklumkan pihaknya kini berperanan sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab meluluskan sebarang penganjuran acara sukan permotoran susulan penggantungan sementara Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Sabtu lalu.

Pengerusinya, Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berkata, pihaknya mengambil alih tugas dan tanggungjawab MAM sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang acara melibatkan sukan permotoran perlu mendapatkan kelulusan daripada AAM. Buat masa ini, kami adalah badan yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan itu, bukan mereka (MAM). Kami berharap pihak penganjur dapat menghormati dan mematuhi arahan yang ditetapkan", katanya di sini.

Kenyataannya itu secara tidak langsung menepis kenyataan MAM yang mendakwa penggantungan sementara persatuan itu akan turut menjejaskan program di peringkat akar umbi, terutama apabila melibatkan perlumbaan KBS-MAM Kapcai Endurance yang diadakan setiap tahun.

Ahli AAM hadir ke ibu pejabat bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Isnin.

Mengenai penggantungan MAM, tambah Mudzaffar, beliau memandang serius perkara ini dan tidak terfikir untuk menarik semula keputusan berkenaan.

"Kami (AAM) terpaksa mengambil tindakan terhadap mereka lebih-lebih lagi ia melibatkan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan standard keselamatan dipenuhi. Oleh itu, kami terpaksa menggantung mereka (MAM) sebagai pengajaran untuk tidak bertindak sesuka hati dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA)", katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu di Laman Seri Business Park, di sini pada Isnin.

Selain itu, Mudzaffar berkata, AAM sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berhubung kemalangan yang melibatkan nyawa dua beranak yang terbunuh dalam Perlumbaan Inovasi Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace 2016), Ahad lalu.

Tags / Kata Kunci: AAM , MAM , Go Kart

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan