PKR Kesal Lajim Lompat Parti

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 8:32 PM

Lajim Ukin (dua, kanan), Adun Likas dari parti DAP, Junz Wong (kanan) Adun Moyong dari parti PKR, Terrance Siambun (dua, kiri) dan Mantan Senator Datuk Maijol Mahap (kiri) berganding tangan ketika mengumumkan keluar dari parti PKR dan DAP untuk menubuhkan parti tempatan Sabah. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan perkembangan terbaharu situasi politik di Sabah susulan tindakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu, Datuk Seri Lajim Ukin keluar parti.

Tamparan lebih dirasai apabila Lajim yang juga Adun Klias tidak bersendirian kerana tindakannya itu disertai oleh Adun Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, penstrukturan semula parti itu di Sabah akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Pimpinan tertinggi PKR telah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Lajim Ukin bersama beberapa yang lain telah membuat pengumuman hari ini untuk beralih ke platform parti yang berbeza. Kami kesal dengan keputusan Datuk Lajim ini.

"Pada masa yang sama, satu proses penambahbaikan organisasi parti akan dilaksana dalam masa terdekat untuk memantapkan saf kepimpinan serta memastikan agenda reformasi terus menjadi teras perjuangan menegakkan keadilan di Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini pada Ahad.

Sementara itu pada majlis pengumuman keluar parti di Kota Kinabalu itu, Adun Likas daripada DAP, Wong Hong Jun turut menyatakan hasrat mengikuti perjuangan politik Lajim dengan mengumumkan keluar daripada DAP.

Pada 22 September lalu, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengisytiharkan keluar parti itu menyertai parti tempatan yang sedang diambil alih oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan