Penternak Muda Peroleh Pendapatan RM10,000 Sebulan

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 10:13 AM

Setiausaha Kerajaaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan menyampaikan hadiah kepada penternak ikan, Muhammad Zaein Awaludin (kiri) sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan 2016 baru-baru ini. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Dengan bermodalkan RM10,000 siapa sangka anak muda kelahiran Pedas, Rembau kini sudah boleh berbangga memiliki syarikat sendiri dalam perniagaan ternakan kambing, lembu dan kerbau, hasil daripada dasar dan bantuan kerajaan.

Samsul Irwan Ismail, 34, yang mula berniaga pada 2004 kini berjaya mengembangkan cabang perniagaannya daripada hanya tertumpu pada penjualan ternakan, kepada pemprosesan daging kambing perap dan barbeku menerusi syarikat miliknya, Dabox Enterprise.

Kini, nilai aset yang dimilikinya termasuk premis perniagaan, trak makanan, van dan kesemua ternakan sebanyak 320 ekor bernilai RM400,000 dengan pendapatan bulanan mencecah RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini tanpa bantuan daripada kerajaan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih pada kerajaan yang banyak memberikan galakan dan insentif kepada saya sehingga saya berjaya di tahap sekarang," katanya.

Samsul Irwan yang dinobatkan sebagai pemenang Peladang Jaya Lelaki sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Sembilan 2016 baru-baru ini berkata meskipun bidang ternakan kurang diminati oleh golongan sebaya dengannya selain menghadapi cabaran besar khususnya berkaitan penyakit kaki dan mulut, ia sedikit pun tidak melunturkan semangatnya untuk menerokai potensi yang ada dalam bidang tersebut.

Katanya, pasarannya pada masa ini lebih banyak tertumpu di daerah sekitar Rembau dan beliau kini sedang mengintai peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasar raya besar untuk memasarkan produknya.

"Insya-Allah sedikit masa lagi mungkin produk saya sudah berada dalam kitaran pasaran yang lebih besar. Ini sasaran saya," katanya yang kini sudah memiliki empat orang pekerja.

Selain bantuan kewangan daripada Tekun Nasional dan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau, beliau juga turut mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, bagi merealisasikan impiannya untuk berjaya.

"Pada masa ini saya mempunyai 200 ekor kambing, 60 ekor lembu dan 60 ekor kerbau. Sebahagian ternakan ini untuk dijual di pasar, orang perseorangan, majlis dan sebagainya, manakala sebahagian lagi untuk pemprosesan daging kambing perap dan barbeku," katanya.

Bagi pengusaha ternakan ikan air tawar dan udang galah pula, Muhammad Zaien Awaludin, 46, dari Kampung Terachi, Kuala Pilah, dorongan dan tunjuk ajar daripada agensi terlibat banyak membantu dalam mengembangkan perniagaannya.

Beliau kini mengusahakan 33 buah kolam ternakan ikan tilapia, keli dan baung serta udang galah di tiga tempat iaitu di Kampung Gedang, Terachi; Kampung Ulu Bendul dan Kampung Mampas, mampu menjana pendapatan sekitar RM8,000 sebulan.

"Kolam pancing di Terachi saya gunakan dua konsep iaitu 'catch and release' dan 'catch and carry'," katanya yang mula menceburi bidang ternakan ikan dan udang galah pada 2008 setelah berhenti kerja di sebuah kilang di Bangi, Selangor.

Menceritakan permulaan beliau menceburi bidang terbabit, Muhammad Zaien berkata setelah berhenti kerja 'makan gaji', beliau kemudian balik ke kampung untuk mengusahakan tanah-tanah orang kampung yang terbiar.

"Semua kolam yang sedia ada adalah daripada kolam dan tanah terbiar milik orang kampung yang mana saya usahakan semula dengan menyewa dengan tuan tanah.

"Saya juga mendapat bantuan berkala seperti benih dan makanan ikan dan udang daripada Jabatan Perikanan. Di samping ternakan ikan dan udang galah, saya juga menternak lebah kelulut dan kambing serta mengusahakan tanaman cili bara tapi dalam skala kecil," katanya yang memenangi kategori Penternak Ikan Jaya.

Sementara itu, Soh Ah Wah, 62, dari Kuala Lukut, Port Dickson berkata bantuan yang dihulurkan kerajaan termasuk pinjaman membolehkan beliau menyambung hidup sebagai nelayan.

"Kerajaan ada memberi pinjaman sebanyak RM25,000 untuk membeli peralatan menangkap ikan seperti bubu, jaring dan sebagainya. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu saya untuk meneruskan kerjaya sebagai nelayan.

"Jika tidak dapat bantuan kerajaan, saya rasa agak susah untuk meneruskan kehidupan walaupun pendapatan saya tidak menentu kerana faktor cuaca," katanya yang memenangi kategori Nelayan Jaya dan telah menjadi nelayan lebih 40 tahun. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: penternak muda

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan