MCA Tak Akan Berebut Kerusi Tambahan PRU-14

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 10:13 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: MCA Pulau Pinang tidak berhasrat untuk merebut mana-mana kerusi tambahan daripada parti komponen lain Barisan Nasional (BN) dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata impian sesebuah parti politik adalah supaya parti dapat berkembang dengan pertambahan kerusi tetapi bukan dengan cara merebut daripada rakan parti komponen BN.

"Kami mengalu-alukan pertambahan kerusi sekiranya diberi mengikut semangat Barisan Nasional dan kami tidak bercadang untuk berebut dengan parti komponen lain sehingga wujudnya pertelingkahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bagan di sini, Ahad.

Katanya jentera pilihan raya telah mula digerakkan di seluruh negeri sejak bulan Jun lepas dan sasaran parti di Pulau Pinang adalah untuk memenangi kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini.

Ong yang juga Setiausaha Agung MCA pusat berkata pihaknya sudah mengenal pasti 10 calon yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat individu bagi kerusi Parlimen.

"Setakat ini MCA Pulau Pinang sudah bersedia untuk meletakkan calon bagi semua kerusi yang dipertandingkan pada PRU lepas dan yakin mampu menarik sokongan pengundi kaum Cina," katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan enam calon yang bakal mewakili parti untuk bertanding bagi kerusi parlimen bahagian Bagan dan dua kerusi DUN iaitu Sungai Puyu serta Bagan Jermal.

Katanya daripada enam nama yang akan diserahkan kepada MCA pusat, hanya tiga calon sahaja akan dipertaruhkan untuk mewakili MCA di bahagian Bagan.

"Enam nama iaitu Timbalan Pengerusi MCA Bagan Lim Hai Song, Setiausaha organisasi MCA Bagan Leon Tan, Timbalan Ketua Pemuda MCA Bagan Ang Chor Keong, Bendahari MCA Bagan Sum Yoo Keong, Setiausaha MCA negeri Dr Tan Chuan Hong dan Anggota Perwakilan MCA Bagan Khaw Tee Yong akan diserahkan untuk persetujuan parti pusat," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata senarai pendek calon yang akan bertanding pada PRU-14 itu berkemungkinan mengalami perubahan, jika persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan