Tahap Kesihatan Hadi Awang Semakin Baik

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, Sabtu dilaporkan semakin baik.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata Abdul Hadi perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan keluar.

"Tuan Guru semakin baik dan sedang mendapat rehat secukupnya di IJN," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Anggota Parlimen Marang itu, Zaihan Mohd Daud berkata Abdul Hadi dimasukkan ke IJN berikutan rawatan susulan biasa yang dijadualkan sebelum ini tertangguh disebabkan jadual tugasnya yang padat.

"Beliau sedang berehat di IJN dan mendapatkan rawatan rutin di sana (IJN) kerana dua kali temu janji tertunda...dalam masa yang sama beliau keletihan akibat jadual program yang padat," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Abdul Hadi dikatakan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Abdul Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam berbanding kebiasaannya selama dua jam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PAS , Hadi Awang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan