Bomba Selamatkan Pelajar Pengsan Di Gunung Santubong

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sekumpulan pelajar universiti swasta berdepan detik cemas ketika menuruni Gunung Santubong apabila seorang daripada mereka pengsan.

Mangsa Fakhrul Razi Mohammad, 23, dari Universiti Teknologi Swinburne bersama 10 lagi rakan pelajar dari institusi yang sama, pengsan ketika berada di paras kedua gunung tersebut.

Menurut jurucakap bomba, pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.15 malam sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Petrajaya dikerah ke lokasi kejadian.

"Ketika menuruni gunung tersebut pelajar lelaki itu telah jatuh pengsan. Seorang pelajar lelaki kemudian menemani mangsa manakala bakinya meneruskan perjalanan turun bagi mendapatkan bantuan.

"Anggota bomba berjaya membawa mangsa turun ke kaki gunung pada pukul 8.50 malam dan mangsa diberikan rawatan kecemasan," katanya.

Beliau berkata mangsa cuma berada dalam keadaan lemah dan operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 9 malam tadi.

Semalam 12 pendaki terkandas ketika menuruni gunung yang sama.
Tags / Kata Kunci: Bomba , Gunung Santubong

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan