Gara-Gara Gigi Palsu, Tangan Tersangkut Dalam Lubang Tandas - Berita Semasa | mStar

Gara-Gara Gigi Palsu, Tangan Tersangkut Dalam Lubang Tandas

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Hang Tuah di sini dikejarkan untuk membantu mengeluarkan tangan anggota Rela yang tersangkut dalam lubang tandas.

Difahamkan warga emas berusia 65 tahun itu gagal menarik keluar tangannya selepas cuba mengambil gigi palsu milik mangsa yang terjatuh ke dalam lubang tandas.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata enam anggota bomba tiba di tingkat tiga Anjung Singgah dekat Jalan Hang Lekiu di sini kira-kira pukul 8 pagi Sabtu selepas menerima panggilan kecemasan.

"Dia tergelincir ketika cuba mengambil gigi palsunya yang terjatuh ke dalam lubang tandas itu.

"Mangsa menghidap penyakit kencing manis. Dia berdepan risiko mengalami gangren jika darahnya tidak mengalir secara bebas," katanya.

Samsol Maarif berkata anggota bomba berdepan kesukaran untuk mengenal pasti alatan yang sesuai untuk misi menyelamat itu.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari lubang tandas itu kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Tags / Kata Kunci: anggota bomba , mangkuk tandas , tangan , tersekat
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan